The Power of Dzikrullah

Salah satu amalan yang dapat mengukuhkan muraqabatullah mendekatkan diri pada Allah ialah mengingati Allah atau dzikrullah. Dalam Al-Quran antara golongan yang amat dipuji oleh Allah ialah golongan yang banyak berdzikir kepada Allah.

Dalam surah Al-Ahzab ayat 35 Allah berfirman, “Dan golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” Golongan ini kadangkala digelar oleh nabi sebagai Al-Mufarridun berpandukan sebuah hadis yang terdapat dalam sahih Muslim yang bermaksud, “Golongan Al-Mufarridun akan mendahului.” Sahabat-sahabat bertanya, “Siapakah mereka yang mufarridun itu ya Rasulullah?” Bersabda nabi, “Lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”

Apakah yang perlu kita lakukan untuk tergolong dalam golongan ini? Mengikut Imam Mujahid, “Dengan sentiasa mengingati Allah ketika sedang berdiri, duduk dan berbaring.” Kadar zikir yang paling minimum yang perlu kita lakukan ialah melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan rendah hati seperti yang disebutkan oleh Imam Atha, “Sesiapa yang melaksanakan solat yang lima dengan melaksanakan segala hak-haknya, dia tergolong dalam golongan lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”

Dzikrullah yang terbaik ialah yang dilakukan dengan hati dan lidah. Namun jika hendak dipilih di antara kedua-duanya, dzikir dengan hati adalah pilihan yang lebih baik. Secara dasarnya, dzikrullah dengan hati dan lidah dapat dilakukan dalam hampir semua keadaan.

Imam Nawawi dalam Al-Adzkar berkata, “Telah ijmak ulama tentang keharusan berdzikir dengan hati dan lidah bagi semua orang termasuk mereka yang berhadas, yang berjunub, yang haid dan yang mengalami nifas, tidak kira sama ada dzikirnya berbentuk tahlil, tahmid, takbir, selawat, doa dan yang seumpamanya, kecuali membaca Al-Quran. Ia diharamkan ke atas mereka yang berjunub, mengalami haid dan nifas. Namun mereka masih boleh membaca Al-Quran di hati dan mereka juga boleh melihat mashaf ketika melakukannya. Walau bagaimanapun, kalimat-kalimat dari Al-Quran yang menjadi amalan harian boleh terus disebutkan ketika berjunub, mengalami haid dan nifas, sebagai contoh, basmalah, kalimat syukur, doa-doa Al-Quran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun ketika melafazkannya, mereka yang berkenaan hendaklah berniat bahawa mereka melakukannya untuk berzikir dan berdoa.”

Apabila dzikrullah menyinari hati, muraqabah akan hidup dan bergemerlapan dalam diri seseorang. Ia akan menjadikan seseorang itu jujur dan beramanah di mana saja dia berada walaupun ketika itu dia berpeluang untuk mengambil yang bukan haknya tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

Pada tahun 1967 profesor Dr. Herbert Benson dari Fakultas Kedokteran Harvard, membuat kajian ke atas 36 orang yang bermeditasi. Beliau mendapati bahwa mereka menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang juga lebih rendah daripada biasa, dan gelombang theta dalam otak meningkat.

Gelombang theta ialah gelombang otak seseorang yang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Dalam buku beliau, The Relaxation Response, Dr. Herbert Benson menyatakan meditasi mampu mengawal tekanan dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria.

Beberapa tahun selepas itu kajian susulan dibuat oleh pakar psikiatri, Dr. Gregg Jacobs. Beliau mendapati ketika bermeditasi aktivitas di otak bagian frontal (yaitu bahagian yang berkaitan dengan perancangan, perasaan dan kesedaran) menjadi tidak aktif dan aktivitas di loba parietal (yaitu bagian yang menerima informasi dari luar di samping memberi kesedaran tentang masa dan ruang) berkurangan.

Ketika itu otak menjadi pasif dan mereka yang bermeditasi berasa seolah-olah sedang bersatu dengan alam semesta. Majalah The Times bertarikh 4 Agustus 2003 melaporkan beberapa kajian menunjukkan meditasi meningkatkan sistem pertahanan badan. Peningkatan ini mampu mencegah seseorang dari pelbagai serangan kuman. Malah salah satu kajian itu menunjukkan sel-sel anti-kanker payudara meningkat selepas bermeditasi.

Penemuan-penemuan ini merangsang orang di Barat, termasuk para intelek dan ahli-ahli korporat, untuk melakukan meditasi. Victor Davich dalam bukunya Eight Minutes That Will Change Your Life mencadangkan agar setiap individu bermeditasi selama 8 minit setiap hari untuk mencapai kesejahteraan dalam hidupnya.

Tetapi bagi kita orang muslim, setiap kita sholat kemudian melakukan dzikir kepada Allah secara lisan dan batin itu merupakan meditasi yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dan kalimat-kalimat dzikir itu sangat banyak sekali yang terangkum dalam buku Al-Adzkar karya Imam Nawawi.

One Response

  1. Assalamualaikum wr. wb.

    Semoga Allah memberikan kepada kita power yang luarbiasa untuk beribadah dan senantiasa mendekatkan diri kepadaNya

    Wassalam,

    SL
    http://syafarlimpo.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: